Friday, April 18, 2025
30.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Paru-paru berkulat akibat tabiat hidu stoking

    CHONQING, 10 APRIL – Seorang lelaki dari China mempunyai tabiat menghidu stokinnya yang kotor selepas memakainya selama seharian telah disahkan menghidap jangkitan kulat paru-paru.

    Menurut Oddity Central, seorang pekerja pejabat pertengahan umur dari Chonqing, yang namanya tidak didedahkan oleh media, telah dimasukkan ke Hospital Barat Daya, Universiti Perubatan Tentera baru-baru ini.

    Setelah mengalami batuk yang berterusan walaupun telah mengambil ubat dan mata yang kemerahan, lelaki itu mengadu kepada doktor untuk rawatan lanjut.

    Selepas menjalankan pemeriksaan CT dan MRI, doktor mendapati bayang-bayang yang mencurigakan di bahagian bawah paru-paru kanannya, dan pemeriksaan bronkoskopi berikutnya menunjukkan paru-parunya berkulat disebabkan oleh jangkitan Aspergillus.

    Selepas disoal tentang kemungkinan punca jangkitan, lelaki itu telah mengakui tabiat menghidu stokingnya yang kotor setiap kali pulang dari kerja sebelum meletakkannya dalam mesin basuh.

    Doktor Liang Peiqiang yang bertugas di Jabatan Perubatan Pernafasan di hospital berkenaan,  mengambil stokinnya yang kotor untuk dianalisa dan menemui kesan Aspergillus dan menentukan bahawa tabiatnya yang pengotor menjadi punca jangkitan.

    Stokin yang telah dipakai biasanya mengandungi peluh, garam, urea, dan persekitaran yang hangat dan lembap di dalam kasut menggalakkan pertumbuhan kulat.

    Stoking terpakai mengandungi kotoran yang boleh menyebabkan jangkitan kulat.

    Menghidu stoking yang kotor, walaupun ia milik awda sendiri, meningkatkan risiko terhidu kulat dan bakteria berbahaya.

    Sekiranya bakteria terhidu melepasi hidung dan tekak dan berakhir di dalam paru-paru boleh menyebabkan jangkitan kulat yang boleh meninggalkan kesan jangka panjang. – Agensi

    Gambar Pexels
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda