Monday, March 10, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Paru-paru bocor selepas tekan tubi, lompat tali

    HENAN, 10 MAC – Sekumpulan doktor di Henan, China terkejut apabila merawat seorang lelaki pertengahan umur yang mengalami kebocoran paru-paru atau pneumotoraks selepas melakukan senaman fizikal ringan – 20 tekan tubi dan dan lompat tali selama beberapa minit.

    Menurut Oddity Central, lelaki yang tidak dinamakan itu pernah memberitahu pakai perubatan bahawa dia telah memutuskan untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal sebagai sebahagian daripada resolusi Tahun Baru.

    Malangnya tindakannya tidaklah seperti yang dia bayangkan. Bulan lalu, dia mula melakukan tekan tubi dan lompat tali sebagai cara menurunkan berat badan, tetapi dia hanya berjaya melakukan dua set tekan tubi dan lompat tali selama beberapa minit apabila dia mula berasa tidak sihat.

    Dia berhenti dan meneruskan kehidupannya tetapi apabila dia bangun keesokan harinya, dia mula mengalami sakit dada yang teruk dan kesukaran bernafas, terutamanya selepas aktiviti fizikal yang ringan seperti menaiki tangga.

    Hinggalah pada satu ketika, kesakitannya menjadi sangat teruk sehingga dia pergi ke hospital dan doktor telah menjalankan diagnosis dan mengesahkan dia mengalami pneumotoraks.

    Nampaknya, usaha yang dilakukannya semasa dua set tekan tubi dan sesi pendek lompat tali itu memberinya tekanan yang sangat kuat sehingga menyebabkan paru-parunya bocor.

    X-ray menunjukkan bahawa sebelah paru-paru lelaki itu rosak teruk di mana ia telah mengecil menjadi satu pertiga daripada saiz normalnya.

    Kumpulan doktor berkenaan juga berkata bahawa keadaan itu hanya akan menjadi lebih teruk dari masa ke masa, mengalami kerosakan yang tidak dapat tidak dapat dipulihkan dan boleh membawa kepada kematian.

    Kisah luar biasa lelaki berkenaan digunakan oleh doktor sebagai peringatan untuk sentiasa memberi perhatian terhadap tubuh badan awda dan jangan terlalu memaksa diri. Walaupun, sebenarnya, dua set tekan tubi dan dan lompat tali beberapa minit tidaklah kedengaran seperti senaman paling berintensiti tinggi yang pernah ada. – Agensi

     Jangan terlalu memaksa diri walaupun senaman ringan. – Gambar Pexels
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda