Saturday, February 1, 2025
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Paru-paru dan jantung lemah, Mat London ditidurkan

    Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) Ahmad Ibrahim atau Mat London dalam keadaan tenat selepas dia dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur sejak 16 Jun lalu akibat jangkitan paru-paru.

    Ahli FDAM Salim Saifuddin berkata, Mat London, 74, kini terpaksa ditidurkan dan ditempat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan berikutan keadaan paru-paru dan jantungnya dalam keadaan lemah.

    “Mat London dalam keadaan tenat sekarang ini, pernafasan dan jantung dia sangat lemah ketika ini dia ditidurkan memandangkan dia sukar bernafas disebabkan masalah paru-paru berair.

    “Dia ditidurkan dengan alat bantuan pernafasan bagi membolehkan dia berehat dan sebagai salah satu langkah pemulihan untuknya,” katanya kepada mStar. Bercakap lanjut mengenai keadaan Mat London, Salim memberitahu pada Selasa penerbit dan pengarah itu masih dalam keadaan separuh sedar sebelum dipindahkan ke ICU daripada wad pengasingan susulan keadaannya semakin merosot.

    Dalam pada itu, Salim memberitahu dia sempat menghubungi Mat London beberapa hari lalu malah sempat menasihatinya mengikut semua arahan doktor agar dia kembali sihat.

    Bagaimanapun kata Salim, dia tidak berkesempatan menziarahinya di wad kerana pihak hospital tidak membenarkan pelawat untuk sementara waktu. “Dua bulan lepas saya ada jumpa dia, masa itu dia masih sihat lagi. Tapi sepanjang dia di hospital, saya ada bertanya khabar cuma tidak berkesempatan menziarahinya.

    “Saya ada pesan supaya dia dengar apa kata doktor untuk kembali sihat. Apa-apa pun kita doakan yang terbaik untuk Mat London,” katanya. – Agensi

    Mat London sedang terima rawatan di HKL. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda