Jumaat, 21 November 2025
27.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pasangan di Sarawak rai Deepavali pertama dengan penuh warna

    KUCHING, 20 OKT – Sambutan Deepavali tahun ini memberi makna tersendiri buat Laura Zeeta Pellane, 23, dari Padawan apabila menyambutnya buat pertama kali sebagai seorang isteri.

    Laura yang berkahwin dengan V. Janagaraj, 24, pada Ogos lepas berkata menyambut pesta cahaya itu merupakan pengalaman baharu baginya kerana selama ini hanya meraikan Hari Gawai dan Krismas bersama keluarganya di Kampung Sira.

    “Kini saya tinggal di kampung suami di Kuching dan tahun ini saya merasai penga-laman baharu penuh makna iaitu meraikan Deepavali bersama keluarga mentua.

    “Lebih menarik menu kami pada sambutan Deepavali ini adalah gabungan dua budaya kerana suami juga kacukan India dan Bidayuh, jadi masakan seperti kari, ayam pansuh akan dihidang kepada tetamu dan diharapkan mereka suka dengan kelainan ini,” katanya ketika ditemui selepas upacara sembahyang di Kuil Sri Maha Mariamman di sini hari ini.

    Suaminya, Janagaraj pula berkata pengalaman menyambut Deepavali sebagai golongan minoriti di Sarawak menjadikan ia lebih bermakna.

    Ini kerana, katanya semua rakan, jiran dan saudara mara akan bersama-sama menikmati serta menghayati keindahan budaya masyarakat India di Sarawak dengan berkunjung ke rumah terbuka yang diadakan keluarganya. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda