Friday, February 14, 2025
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pasangan diraja berangkat ke Kuching

    SEPANG, 6 Nov – Putera Charles, the Prince of Wales dan Camilla, the Duchess of Cornwall berangkat ke Kuching dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pagi ini.

    Pasangan diraja itu berangkat ke Kuching menaiki pesawat Tentera Udara Diraja Britain dari Kompleks Bunga Raya KLIA yang berlepas pada 11.45 pagi ini.

    Turut sama menaiki pesawat itu, Menteri Pengiring Datuk Seri S.K. Devamany, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Pesuruhjaya Tinggi British di Malaysia Vicki Treadell.

    Pasangan diraja itu tiba di sini pada Khamis bagi lawatan rasmi pertama ke Malaysia bersempena ulang tahun ke-60 hubungan dua hala antara Malaysia dan United Kingdom (UK).

    Lawatan pasangan diraja itu merupakan sebahagian daripada lawatan ke Singapura, Malaysia dan India dari 30 Okt sehingga 9 Nov, bertujuan untuk mengukuhkan hubungan antara Britain dan Asia.

    Prince Wales Putera Charles dan isteri Duchess of Cornwall Camilla Parker Bowles tiba untuk melakukan lawatan ke Kampung Budaya Sarawak kelmarin. – Bernama

    Sarawak sudah bersedia untuk menyambut ketibaan pasangan Diraja, Putera Charles dan isteri baginda Camilla di sini hari ini, hari kelima lawatan mereka ke Malaysia.

    Setibanya di sini, Prince of Wales dan Duchess of Cornwall dijadualkan terus ke Kampung Budaya Sarawak, muzium hidup unik yang pernah memenangi anugerah terletak di kaki bukit Gunung Santubong, di Pantai Damai, kira-kira 35 km utara dari sini.

    Kawasan seluas tujuh hektar itu menggabungkan sejarah, tradisi, gaya hidup dan seni bina serta dilengkapi dengan tujuh rumah tradisional Sarawak bagi mendidik pengunjung mengenai masyarakat serta budaya tempatan.

    Putera Charles juga akan melawat Pusat Hidupan Liar Semenggoh dan Pusat Kepelbagaian Biologi Sarawak (SBC), sementara Camilla akan ke Old Court House di bandar untuk berjumpa wakil daripada pertubuhan bukan kerajaan, Purple Lily.

    Ditubuhkan sejak empat tahun lalu, misi pertubuhan ini adalah memberi inspirasi dan memperkasa wanita serta gadis untuk memajukan diri dan menyerlah melalui latihan kemahiran hidup dan pengurusan kewangan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda