Friday, April 18, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pasangan diraja Britain bertemu Pope Francis di Rom

    VATICAN CITY, 10 APRIL – Raja Charles III dan Permaisuri Camilla membuat lawatan mengejut kepada Pope Francis di Vatican kelmarin, meskipun sebelum ini pertemuan rasmi mereka ditangguhkan berikutan masalah kesihatan pope tersebut.

    Pertemuan peribadi tersebut telah disahkan oleh pihak Vatican dan Istana Buckingham serta ini merupakan kali pertama Charles, 76, bertemu dengan ketua Katolik itu sejak menjadi raja dan ketua Gereja England pada 2022.

    Pope Francis, 88, kini dalam tempoh pemulihan di Vatican selepas keluar dari hospital pada 23 Mac lalu dan dirawat selama lima minggu dirawat akibat radang paru-paru.

    Meskipun dinasihatkan untuk berehat, beliau membuat kemunculan mengejut di Dataran St Peter pada Ahad lalu.

    Sebelum ini, pertemuan rasmi antara pasangan diraja dan Pope telah ditangguhkan.

    Menurut kenyataan dari Istana Buckingham, “Pasangan diraja berbesar hati kerana Pope berada dalam keadaan cukup sihat untuk menyambut mereka dan gembira dapat menyampaikan ucapan secara peribadi.”

    Pihak Vatican memaklumkan Pope turut menyampaikan ucapan tahniah sempena ulang tahun perkahwinan pasangan diraja itu dan mendoakan kesihatan Raja Charles agar cepat pulih.

    Lawatan empat hari pasangan diraja ke Itali sebelum ini turut menjadi tanda tanya susulan masalah kesihatan Raja Charles.

    Baginda dimasukkan ke hospital seketika pada 27 Mac selepas mengalami kesan sampingan sementara daripada rawatan kanser yang diumumkan pada tahun lalu. – AFP

    Raja Charles III dan Permaisuri Camilla dari Britain bertemu Pope Fransiskus di Vatican, pada 9 April. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda