Wednesday, February 12, 2025
22.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pasangan diraja British lawat 2RGR

    Oleh Syahmi Hassan

    Gambar oleh Muiz Matdani

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Nov – His Royal Highness The Prince of Wales yang juga merupakan Colonel in Chief of the Brigade of Gurkhas berserta Her Royal Highness The Duchess of Cornwall ketika lawatan ke Brunei Darussalam, kelmarin, telah berkesempatan berangkat melawat askar-askar dan keluarga askar Second Battalion Royal Gurkha Rifles (2RGR), yang merupakan Batalion British pemastautin yang berpusat di Seria.

    Keberangkatan pasangan diraja British berkenaan di Istana Edinburgh di Jalan Menteri Besar telah dijunjung oleh Pegawai Memerintah 2RGR, Leftenan Kolonel Jamie Murray, Mejar Gurkha, Mejar Gajendra Angdembe dan isteri masing-masing, Susan Murray dan Premkumari Angdembe.

    Kanak-kanak daripada rejimen berkenaan menyambut keberangkatan tiba His Royal Highness The Prince of Wales dan Her Royal Highness The Duchess of Cornwall dengan tarian tradisional garlands Gurkha, yang dikenali sebagai mallas.

    Sejurus keberangkatan, kedua-dua pasangan diraja berkenaan menerima Tabik Hormat Diraja dan memeriksa Barisan Kawalan Kehormatan Pengawal Gurkha yang terdiri daripada 14 anggota askar, seorang pegawai kanan tanpa tauliah (senior non-commissioned officer) dan seorang peniup beg paip (piper).

    The Second Battalion Royal Gurkha Rifles telah kembali daripada operasi di Kabul, Afghanistan pada tahun lepas dan merupakan salah satu unit dalam Tentera British yang paling berpengalaman dalam operasi, yang telah dihantar ke Iraq dan Afghanistan beberapa kali sepanjang 15 tahun yang lalu.

    His Royal Highness The Prince of Wales menerima Tabik Hormat Diraja dan memeriksa Barisan Kawalan Kehormatan Pengawal Gurkha.
    Prince of Wales ketika beramah mesra dengan para pegawai kanan kerajaan sambil disaksikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan II, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim.
    Their Royal Highnesses berkenan bergambar bersama Tuan Yang Terutama Richard Lindsay dan isteri.
    His Royal Highness beramah mesra dengan kakitangan di Suruhanjaya Tinggi British.

    Batalion berkenaan kemudiannya berpindah ke Brunei pada Julai 2017. Kebanyakan askar dan keluarga mereka kembali ke Brunei untuk lawatan ketiga atau keempat mereka malah beberapa orang anak mereka juga dilahirkan di Brunei.

    The Prince of Wales kemudiannya diperkenalkan kepada kakitangan dari Suruhanjaya Tinggi British dan menyampaikan Long Service Award kepada Virgilio Mercurio Baluyot bagi mengiktiraf 25 tahun perkhidmatan beliau sebagai pemandu untuk pesuruhjaya-pesuruhjaya tinggi British yang sebelum ini hingga sekarang.

    Virgilio berkata, “Saya sangat gembira dan berbesar hati menerima anugerah ini, setelah bertemu dengan Prince of Wales di Brunei kali ketiga.

    “Saya tidak akan melupakan detik ini dan telah menghantar gambar kepada keluarga saya di Filipina,” katanya.

    Pasangan diraja British berkenaan juga berjumpa dengan kakitangan Perkhidmatan Pinjaman British yang bekerja di Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) bersama keluarga mereka.

    Perjumpaan terakhir kedua-duanya adalah dengan komuniti British yang terdiri daripada guru-guru dan murid dari Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB).

    Pengetua Eksekutif ISB, Steven Geraghty telah memaklumkan Prince of Wales mengenai kemajuan baik dalam projek Million Trees yang dipimpin oleh ISB. Pokok yang ditanam oleh Prince of Wales di Badas semasa lawatan terakhirnya ke Brunei sembilan tahun lalu tumbuh dengan baik dan lebih 500,000 pokok telah ditanam.

    Pesuruhjaya Tinggi British ke Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Richard Lindsay berkata, “Ini merupakan peluang besar bagi The Prince of Wales dan The Duchess of Cornwall untuk bertemu dengan beberapa komuniti British yang sangat aktif di Brunei dan mendengar tentang pelbagai sumbangan mereka.”

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda