Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 13 JAN – Satu pasangan dua beradik berbangsa Dusun dari Tutong telah memilih untuk memeluk Islam sebagai agama mereka dan telah melafazkan dua kalimah Syahadah dalam satu majlis pengislaman di Kampung Kuala Ungar, Tutong baru-baru ini.
Dayang Merry Susilawati binti Sani dan kakaknya, Dayang Titi Nurdayana binti Sani melafazkan dua kalimah Syahadah di hadapan pegawai pengislaman dari Unit Dakwah Tutong dengan bimbingan oleh Penolong Pegawai Pembangunan Agama, Ustazah Hajah Siti Noraziah binti Haji Asli.
Dayang Merry kini memilih nama Islamnya sebagai Nur Aina Basheera binti Sani manakala Dayang Titi memilih nama Islamnya sebagai Dayang Nur Leanara Dayana binti Sani. Kedua-dua adik-beradik berkenaan menerima hadiah cenderahati dan diraikan dengan Dikir serta taburan bunga rampai dalam majlis berkenaan.
Antara yang turut hadir ke majlis berkenaan ialah Penghulu Mukim Lamunin, Mohd Jaafar bin Haji Tinggal.
Bapanya, Awang Sani Nangkat, adalah ketua kampung di Kampung Kuala Ungar dan Merimbun, menyatakan rasa sedih semasa hadir ke majlis berkenaan namun tetap menyokong keputusan anak-anak mereka untuk memilih Islam sebagai agama dan berharap kedua-duanya akan selalu berpegang teguh dengan ajaran agama islam.
Suasana sekitar majlis berkenaan.