Saturday, April 26, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pasangan ikat anak nakal pada tiang guna pita pelekat depan orang ramai

    HANGZHOU, 29 OGOS – Rakaman menunjukkan suami isteri mengikat anak lelaki mereka yang nakal pada sebatang tiang menjadi tular di media sosial.

    Menurut portal South China Morning Post, pasangan dari wilayah Zhejiang, China itu difahamkan cuba mendisiplinkan anak mereka yang barlari-lari dan membuat bising di tempat awam.

    Seorang pelanggan restoran, Zhang merakam video kejadian ketika keluarga berkenaan sedang makan di restoran barbeku pada 19 Ogos lalu.

    Dikatakan ibu bapanya merakam gelagat anak mereka yang meraung sambil cuba melepaskan diri selepas diikat dengan pita pelekat.

    Malah, orang ramai turut ketawa merakam video kanak-kanak tersebut dan mereka kemudiannya kembali ke dalam restoran untuk menghabiskan makanan.

    Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen dengan ada yang bersetuju dengan tindakan tersebut serta sebaliknya.

    “Budak lelaki itu akan mendapat pengajaran dan akan berkelakuan baik pada masa hadapan.

    “Saya mahu tahu adakah tindakan itu menyakitkan (memudaratkan) anak mereka. Saya langsung tidak rasakan ia sesuatu yang kelakar,” kata netizen lain. – Agensi

    Gambar menunjukkan pasangan suami isteri mengikat anak pada tiang. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda