Sunday, May 25, 2025
26.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pasangan kehakiman dipenjarakan 10 dan 5 tahun

    Oleh Rafidah Jumat

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 JAN – Mahkamah Tinggi, kelmarin, menjatuhi hukuman 10 tahun penjara terhadap Ramzidah binti Pehin Datu Kesuma Diraja Kol (B) Haji Abdul Rahman dan lima tahun penjara ke atas suaminya, Haji Nabil Daraina bin Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin atas kesalahan pecah amanah jenayah dan penggubahan wang haram.

    Hukuman terhadap mereka berdua diputuskan Hakim Gareth Lugar-Mawson yang memerintahkan hukuman mereka dikuatkuasakan pada hari pertama mereka ditahan reman pada Julai 2018.

    QC Simon Farrell yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon supaya hukuman penjara terhadap anak guamnya tidak dijalankan dahulu sehingga rayuan didengar di Mahkamah Rayuan kerana ada beberapa isu perundangan yang perlu diputuskan semasa rayuan.

    Pihak pendakwa bagaimanapun membantah permohonan ini dan dipersetujui oleh Hakim Lugar-Mawson yang memerintahkan supaya hukuman penjara dijalankan dengan segera.

    Dalam menjatuhkan hukuman, Hakim Lugar-Mawson mengulas bahawa adalah mustahil untuk menemukan kes kesalahan pecah amanah yang lebih teruk daripada kes ini sama ada di Brunei atau di negara lain.

    Selama 14 tahun, Ramzidah mengambil kesempatan daripada sistem yang tidak sempurna untuk memewahkan diri dan keluarganya dengan kereta mahal dan beg tangan berjenama.

    Kerana kesalahannya, lebih daripada 200 penghutang penghakiman tidak dapat melunaskan hutang-hutang mereka.

    “Sukar untuk membayangkan bagaimana penghutang-penghutang dan juga pemiutang penghakiman ini dapat dibayar balik selepas apa yang telah diambil daripada mereka,” kata Hakim Lugar-Mawson.

    Kata Hakim Lugar-Mawson lagi, mahkamah tidak meragui bahawa Haji Nabil tahu yang isterinya menggunakan wang daripada akaun-akaun Penerima Rasmi secara tidak jujur, dan dia lebih gembira untuk berkongsi gaya hidup mewah itu.

    Dia boleh melaporkan perbuatan isterinya tetapi gagal berbuat demikian, kata Hakim Lugar-Mawson.

    Kedua-dua tertuduh menafikan peluang mereka untuk mendapatkan pengurangan dalam hukuman apabila mereka memilih untuk dibicarakan.

    Kata Hakim Lugar-Mawson lagi, tertuduh salah dalam beranggapan bahawa kedudukan mereka di Jabatan Kehakiman dan status mereka dalam masyarakat akan melindungi mereka.

    Walaupun mereka sebelum ini mempunyai perwatakan yang baik tetapi ini tidak akan memberi kesan kepada hukuman mereka.

    Untuk setiap kesalahan kes pecah amanah yang dihadapi Ramzidah, mahkamah menjatuhi hukuman maksimum 10 tahun penjara dan untuk setiap tuduhan penggubahan wang haram adalah lima tahun penjara.

    Mahkamah memerintahkan untuk kesemua hukuman ke atas Ramzidah dijalankan secara serentak iaitu 10 tahun penjara.

    Sementara itu, mahkamah menjatuhi hukuman lima tahun penjara untuk setiap kesalahan penggubahan wang haram yang dihadapi Haji Nabil.

    Hukuman ke atasnya juga diperintahkan untuk berjalan secara serentak, menjadikannya lima tahun penjara.

    Pada 15 Januari 2020, Hakim Lugar-Mawson mensabitkan Ramzidah, 46, bersalah selepas perbicaraan kerana melakukan pecah amanah.

    Ramzidah dan suaminya, Haji Nabil, 47, juga didapati bersalah atas tuduhan penggubahan wang haram.

    Terdahulu, QC Jonathan Caplan bagi pihak pendakwaan mengemukakan faktor-faktor yang memburukkan kes, di mana kesalahan pecah amanah yang dilakukan Ramzidah semasa bertugas sebagai pegawai kehakiman merupakan kesalahan yang sangat serius. Tambahan lagi, kesalahan tersebut telah dilakukan dalam tempoh lama iaitu selama 14 tahun, antara 2004 dan 2017.

    “Wang berjumlah $15.75 juta yang digelapkan Ramzidah adalah jumlah yang sangat besar, dan sekitar $6 juta masih belum dikesan,” kata QC Caplan.

    Haji Nabil pula melakukan kesalahan penggubahan wang haram untuk mendapatkan gaya hidup mewah yang tidak dapat diperolehi daripada pendapatannya sebagai seorang pegawai kehakiman, dan kesalahan ini dilakukan ketika bertugas sebagai hakim yang berpengalaman dalam bidang undang-undang jenayah.

    QC Simon Farrell dalam tindak balas telah mengemukakan faktor-faktor untuk mengurangkan hukuman kedua-dua tertuduh, yang mana katanya memang tidak dapat disangkal lagi kesalahan-kesalahan ini adalah serius kerana ia dilakukan oleh seorang hakim.

    Kesalahan tertuduh telah mengurangkan keyakinan orang ramai terhadap sistem keadilan negara ini.

    Perbicaraan ini telah memberi impak yang mendalam dan salah satu hukuman paling berat bagi kedua-dua tertuduh ialah perpisahan daripada ahli keluarga mereka.

    Kedua-dua tertuduh juga dilaporkan memerlukan perubatan dan kesihatan mereka tidak dalam keadaan baik, jelas QC Farrell.

    QC Farrell seterusnya berkata yang Haji Nabil adalah bekas hakim jenayah dan pendakwa di mana dia akan diletakkan bersama-sama pesalah yang pernah dijatuhi hukuman olehnya.

    Dalam hal ini, QC Farrell berkata Haji Nabil memerlukan perlindungan dan meminta supaya anak guamnya diberi perintah menjalani khidmat masyarakat sebagai pengganti hukuman penjara atau membenarkannya menjalani tempoh penjara yang pendek.

    Berhubung dengan kesalahan memiliki harta yang tidak dapat dijelaskan di bawah Bab 12 Akta Pencegahan Rasuah, belum ada permohonan rasmi dibuat mengenai penggantungan prosiding kes ini namun permohonan akan dibuat pada masa rayuan.

    Pihak pendakwa raya telah menyatakan bahawa mereka akan memohon untuk pembayaran sebahagian kecil daripada kos pendakwaan dalam menjalankan kes ini iaitu dalam jumlah $1 juta terhadap Ramzidah dan $500,000 terhadap Haji Nabil.

    Perkara ini akan didengarkan kelak dan sekiranya kedua-dua tertuduh tidak dapat mematuhi perintah bagi membayar kos, maka hukuman penjara tambahan bagi kegagalan ini akan dikenakan.

    Pihak pendakwaan telah memfailkan notis perintah larangan di bawah Perintah Mendapatkan Kembali Aset Jenayah, 2012 bagi semua harta benda yang disita oleh Biro Mencegah Rasuah.

    Perintah ini adalah untuk melarang harta benda untuk dilepaskan, diambil atau digunakan dengan apa jua cara kerana ia akan tertakluk kepada perintah rampasan.

    Harta benda ini termasuk 21 kereta mewah dan juga 456 barangan berjenama seperti jam tangan, beg tangan, aksesori dan kasut.

    Pendakwa raya juga akan memohon perintah pemulihan manfaat bagi wang-wang yang tidak dapat dikesan itu.

    Permohonan ini akan didengarkan pada Februari 2020.

    Kes kedua-dua tertuduh bermula apabila mangsa-mangsa kes kebankrapan berdepan dengan jumlah hutang yang meragukan di bawah Perintah Penerimaan dan juga gaya hidup mewah yang ditunjukkan pasangan ini.

    Pihak pendakwaan diketuai QC Caplan dengan barisan timbalan-timbalan pendakwa raya, Hajah Suhana binti Haji Sudin, Hajah Suriana binti Haji Radin, Dayangku Didi-Nuraza binti Pengiran Haji Abdul Latiff dan Muhammad Qamarul Affyian bin Abdul Rahman manakala pihak pembelaan diketuai QC Farrell dan Sheikh Noordin bin Sheikh Mohammad.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/ bandarqq dominoqq pkv games https://britefamilydental.com.au/wp-includes/bandarqq/ https://britefamilydental.com.au/wp-includes/dominoqq/ https://britefamilydental.com.au/wp-includes/pkv-games/ bandarqq dominoqq pkv games https://cste.sut.ac.th/QRcode/masterFile/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/scatter-hitam/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-zeus/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-garansi-kekalahan/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-depo-5k/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-depo-10k/ pkv games