Tuesday, April 29, 2025
25.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pasangan kekasih mengaku tidak salah

    Oleh Rafidah Jumat

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Okt – Pasangan kekasih yang didakwa melakukan kesalahan jenayah, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, kelmarin.

    Norhalizan bin Haji Said, 38, didakwa mencuri sebuah kereta di kawasan kedai runcit di Kampung Selayun pada 1 Oktober 2018 sekitar jam 2:30 petang, sebuah di kawasan rumah di Kampung Salambigar pada 3 Oktober 2018 dan sebuah lagi di kawasan kedai runcit di Kampung Kiulap pada 4 Oktober 2018 kira-kira jam 6:40 pagi.

    Dia juga menghadapi tuduhan mempamerkan plat pendaftaran palsu pada dua daripada kereta berkenaan serta berdepan dakwaan mencuri satu beg di sebuah rumah di Kampung Salambigar pada 4 Oktober 2018.

    Sementara itu, teman wanitanya, Siti Sairani @ Rohaini binti Samad, 34, didakwa membantu melarikan harta curi iaitu tiga rim salah sebuah kereta pada 4 Oktober 2018 kira-kira jam 1 petang.

    Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid menetapkan 5 November 2018 untuk menentukan tarikh perbicaraan kedua-dua tertuduh.

    Pendakwaan dibuat Timbalan Pendakwa Raya, Hajah ‘Adzimah Mukarramah binti Haji Salleh.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda