Saturday, May 3, 2025
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pasangan maut, kucing terselamat selepas jatuh 115 meter dalam gaung

    LOS ANGELES, 2 MEI – Seekor kucing yang jatuh bersama pasangan ke dalam gaung sedalam 115 meter adalah satu-satunya yang terselamat dalam kejadian di barat Amerika Syarikat, kata sebuah organisasi perlindungan haiwan kelmarin.

    Kucing itu ditemui dalam beg pengangkut berwarna hitam, tetapi nampaknya telah mengharungi insiden itu dengan baik,” kata Best Friends Animal Society.

    Kakitangannya menganggarkan kucing itu berumur 12 tahun. Ia ditemui di sebelah pasangan suami isteri yang menurut pihak berkuasa tempatan telah mati selepas terjatuh dari tempat pelancongan popular di Taman Negara Bryce Canyon, di negeri Utah AS, awal minggu ini.

    Pejabat Syerif Garfield County mengenal pasti mayat sebagai Matthew Nannen, 45, dan Bailee Crane, 58.

    Media tempatan melaporkan pasangan itu meninggal dunia antara Isnin dan Selasa. Kucing itu, yang kini dinamakan Mirage, telah diselamatkan hidup-hidup Selasa lalu dan dibawa ke kemudahan haiwan. “Ia kusut dan sakit, tetapi mesra semasa pemeriksaan, serta makan dan minum sendiri,” kata Best Friends Animal Society. 

    Ia menambah, darah Mirage tidak menunjukkan tanda-tanda kelainan tetapi kakitangan sedang menunggu x-ray untuk menentukan sama ada terdapat sebarang kecederaan lain. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda