TUMPAT – Dua tahun lalu, Diniey Iqbal Che Kar dan isterinya, Nuur Faraiin Mat Rowi sekadar menjadikan anyaman buluh sebagai hobi mengisi waktu senggang. Hari ini saban minggu mereka sibuk menghasilkan tempahan hasil seni yang bukan sekadar cantik, tetapi menghidupkan kembali warisan budaya yang semakin dilupakan. Perniagaan kecil-kecilan dari Kampung Talak itu kini menjadi tumpuan,

