Monday, January 20, 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pasangan panda gergasi dinamakan An An, Ke Ke

    HONG KONG, 8 DIS – Dua ekor panda gergasi yang dihadiahkan oleh kerajaan pusat kepada Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR) kini secara rasmi dinamakan An An dan Ke Ke, mengekalkan nama lahir haiwan berkenaan, menurut Ocean Park Hong Kong kelmarin.

    Nama itu dipilih daripada lebih 22,600 cadangan yang diterima semasa kempen penamaan peringkat bandar yang dianjurkan oleh kerajaan HKSAR pada Oktober.

    Huruf Cina An membawa maksud kedamaian, manakala Ke melambangkan kemungkinan tidak terhad.

    Apabila digabungkan, kedua-dua huruf itu membentuk maksud bersatu, yang melambangkan kemakmuran yang berkekalan untuk Hong Kong, menurut pihak taman.

    Kedua-dua panda itu akan membuat penampilan sulung pertama mereka pada Ahad selepas menjalani kuarantin dan menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu sejak tiba dari wilayah Sichuan di barat daya China pada 26 September.

    Ketua Eksekutif HKSAR, John Lee, semasa majlis sambutan untuk panda gergasi itu pada Sabtu, mengucapkan terima kasih kepada pasukan penjaga dari Pusat Pemuliharaan dan Penyelidikan Panda Gergasi China serta Ocean Park kerana membantu panda tersebut menyesuaikan diri di Hong Kong.

    Beliau turut menyatakan bahawa kerajaan HKSAR akan terus menganjurkan pelbagai aktiviti bertemakan panda gergasi untuk penduduk setempat dan juga pelawat. – Xinhua

    Orang ramai melihat panda gergasi, An An, semasa penampilan sulungnya di Ocean Park, Hong Kong, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda