Sunday, July 13, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pasangan pelancong sesat di hutan diselamatkan

    BANGKOK, 28 JULAI – Seorang pelancong Rusia dan teman wanitanya dari China berjaya diselamatkan dari hutan di daerah San Kamphaeng, wilayah Chiang Mai lewat semalam, beberapa jam selepas mereka meminta bantuan daripada pihak berkuasa tempatan.

    Pasangan pelancong tersebut ditemui di puncak gunung Doi Nang Moh di daerah On Tai pada jam 10:49 malam selepas polis, renjer taman dan pegawai bandar menghantar dua pasukan penyelamat untuk mencari mereka pada pukul 8:30 malam.

    Kedua-duanya telah mendaftar dengan pejabat taman di daerah itu untuk mendaki gunung di atas takungan Mae Pha Haen tetapi mereka menghubungi pejabat berkenaan pada 8:30 malam dan memberitahu mereka sesat dan memerlukan bantuan.

    Pasukan penyelamat segera dihantar ke lokasi di mana pasangan itu menghantar mesej sebelum isyarat telefon bimbit mereka hilang. Mereka ditemui tidak jauh dari tempat tersebut.

    Presiden Kelab Ketua Kampung Daerah On Tai, Permphool Chaiyasit, berkata pasangan itu kelihatan amat letih ketika ditemui.

    “Mereka sangat gembira apabila menemui pasukan penyelamat yang membawa mereka turun dari gunung ke kampung di bawah takungan dan ditempatkan di bawah jagaan pejabat penyelamat On Tai,” katanya. – ANN/The Nation

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda