Friday, January 17, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pasangan suami isteri lafaz Dua Kalimah Syahadah

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 APRIL – Sepasang suami isteri, masing-masing berbangsa Dusun dan Iban, telah melafazkan Dua Kalimah Syahadah pada majlis pengislaman di Rancangan Perumahan Negara (RPN) Bukit Beruang, Daerah Tutong, kelmarin.

    Pengislaman Frezer bin Turun yang memilih nama Islamnya sebagai Muhammad Frezer bin Abdullah Turun dan isteri, Carolyn Anak Untam yang memilih nama Nur Elynn Nadrah binti Abdullah telah dilaksanakan di hadapan pegawai Bahagian Pengembangan Dakwah Unit Dakwah Daerah Tutong, Pusat Dakwah Islamiah (PDI).

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pemangku Pengarah Jabatan Gerakan Pasukan Polis Diraja Brunei, Penolong Pesuruhjaya Polis, Awang Matusin bin Haji Jumat. Turut hadir ialah Mejar (B) Muhammad Kasim bin Haji Awang Yusof.

    Majlis telah diserikan dengan laungan Dikir Marhaban dan menabur bunga rampai kepada mualaf yang diraikan. Seterusnya, penyampaian cenderahati yang disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis.

    Menurut PDI, sejak awal Januari hingga hujung Mac lalu, seramai 108 orang yang telah memeluk agama Islam di seluruh negara dan daripada jumlah tersebut, 30 orang adalah dari Daerah Tutong.

    Muhammad Frezer dan isteri melafazkan Dua Kalimah Syahadah di hadapan pegawai pengislaman.
    Awang Matusin dan pegawai Bahagian Pengembangan Dakwah Unit Dakwah Daerah Tutong bergambar ramai bersama Muhammad Frezer dan isteri, Nur Elynn Nadrah.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda