Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pasangan tempatan dipenjara gara-gara curi peti sejuk beku

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 JUN – Mahkamah Majistret kelmarin telah menjatuhkan hukuman penjara ke atas pasangan tempatan kerana mencuri peti sejuk beku dari sebuah kedai di Gadong.

    Majistret Syaffina binti Shahif menjatuhkan hukuman penjara empat bulan kepada Rusdi bin Besar, 38, dan Jalina binti A Haji Omar, 45, dengan penjara dua bulan.

    Pendakwa Nurul Husna Haji Abidin mendedahkan kedua-duanya mencari besi buruk di kawasan komersial Gadong pada malam antara 2 dan 23 Mei lalu.

    Turut didedahkan bahawa kedua-dua mereka akan singgah di belakang kedai yang menjadi mangsa, dan kali ini menemui peralatan elektrik yang disimpan di belakang.

    Mereka berdua mengambil peti sejuk beku dan dimuatkan ke dalam kenderaan mereka untuk menjualnya kepada simpanan sekerap pada harga $15. Tempat simpanan sekerap tersebut telah memusnahkan peti sejuk beku berkenaan.

    Pemilik kedai memfailkan laporan polis apabila mendengar penemuan pekerja bahawa peti sejuk telah hilang dan siasatan polis membawa kepada penahanan kedua-duanya.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda