Oleh Sim Y.H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 29 SEPT – Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan (JBBSB), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) memaklumkan Bangunan Pasar Gadong dan operasi perniagaan akan ditutup sementara bermula esok hingga satu tarikh dimaklumkan kelak.
JBBSB dalam kenyataan dikeluarkan menjelaskan penutupan dibuat atas nasihat Kementerian Kesihatan serta bagi membendung jangkitan wabak COVID-19 berikutan terdapatnya beberapa orang peniaga termasuk pengawas Pasar Gadong yang disahkan positif COVID-19 antara 26 hingga 28 September. Untuk pertanyaan, bolehlah menghubungi hotline JBBSB 7179900.
