Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 29 JAN – Sebuah pasar baharu, Pasar Kitani yang menampilkan produk-produk agrimakanan telah pun dibukakan kelmarin di Pusat Hortikultur Rimba, Gadong.
Menurut kenyataan dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, sebanyak 63 petak telah disediakan bagi para peladang sayur-sayuran, buah-buahan, penternak dan pengusaha agrimakanan di pasar tersebut.
Ia diadakan setiap Sabtu dan Ahad bermula jam 6 pagi sehingga 5 petang.
Selain pasar tani, ia juga menampilkan kemudahan-kemudahan seperti restoran dan kafe, trak makanan dan pameran hiasan-hiasan landskap daripada para pengusaha
tempatan.
Selain itu, bangunan kerajaan berhampiran juga dibukakan untuk penyewaan bagi majlis keagamaan dan keraian.
Ia juga menawarkan tempat letak kereta, tiga buah surau dan lima buah tandas bagi keselesaan pengunjung dan pengusaha.
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2023/01/P4-2Pasar-1_30012023.jpg)
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2023/01/P4-2Pasar-3_30012023.jpg)