Tuesday, August 9, 2022
26.8 C
Brunei

Pasar Rakyat KBRI meriahkan BDF 2021

-

Oleh Nurdiyanah R.

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 DIS – Bersempena dengan Festival Disember Brunei (BDF) tahun ini, Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) di Negara Brunei Darussalam menganjurkan Pasar Rakyat secara maya selama dua minggu bermula 26 November lalu hingga 5 Disember ini.

Ini merupakan penyertaan kedua KBRI berkenaan dalam BDF dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Pelancongan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP).

Menurut kenyataan KBRI di Brunei, acara maya berkenaan menawarkan variasi kulinari Indonesia dari pelbagai daerah di negara tersebut.

Antara yang diketengahkan adalah Sate Padang dari Sumatera Barat, Rawon dari Jawa Timur, Plecing iaitu hidangan sayur pedas dari Lombok, Nasi Liwet berupa nasi kelapa berempah aromatik dari Jawa Barat, dan makanan serta minuman yang menawan citarasa yang lain.

Selain itu, gerai khas yang mempamerkan kraf tangan, peralatan sukan, dan aksesori lain berkonsepkan kebudayaan Indonesia juga memeriahkan acara berkenaan.

Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Indonesia ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Dr Sujatmiko dipetik berkata, memandangkan melancong ke mana-mana seperti Indonesia belum dibenarkan, orang Brunei masih boleh merasainya melalui kekayaan kulinari yang ditawarkan di Brunei.

Katanya, terdapat lapan gerai yang menyertai acara maya pada tahun ini dengan menawarkan menu mereka di akaun media sosial Pasar Rakyat. Dalam pada itu, pihak kedutaan juga begitu mengalu-alukan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menyertai acara maya berkenaan seperti pada tahun lalu.

“Ini adalah sebahagian daripada program kedutaan Indonesia di negara ini untuk menyokong PKS yang terjejas teruk semasa pandemik COVID-19. Diharap acara sebegini dapat dijadikan jambatan tambahan untuk mengeratkan silaturahim antara masyarakat Indonesia dan Brunei,” ujarnya lagi.

Selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan, acara berkenaan terus diadakan secara maya sepenuhnya di mana pelanggan boleh membuat tempahan menerusi sosial media Pasar Rakyat dan produk akan dihantar ke rumah mereka.

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Ershun lahirkan panda kembar

CHONGQING, 8 OGOS – Seekor panda gergasi bernama Ershun telah melahirkan anak kembar 22 Julai lalu di sebuah zoo di barat daya China, Perbandaran...
- Advertisment -