Saturday, December 7, 2024
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pasar raya di Sabah disaran bantu PMKS

    TAWAU, 22 SEPT – Pasar raya skala besar di Sabah disarankan membantu usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dengan menyediakan ruang bagi membolehkan mereka mempromosi produk keluaran kepada pengguna.

    Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy berkata produk keluaran usahawan PMKS mempunyai potensi dan berupaya menghasilkan jualan sehingga RM200,000 sebulan.

    “Kita harapkan lebih banyak pasar raya seperti Pasar Raya Sthamin yang menyediakan ruang di enam pasar raya mereka iaitu di Kunak, Lahad Datu dan Tawau bagi membolehkan lebih 50 usahawan

    PMKS mempamer dan menjual produk mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan papan tanda produk usahawan industri kecil dan sederhana Sabah di Sthamin Supermarket Hilltop di sini, hari ini. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda