Isnin, 24 November 2025
Klik Lagi

    Pasar Tani meriahkan sambutan Hari Guru

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 OKT – Seramai 535 orang murid dan 64 orang guru Sekolah Rendah Dato Mohd Yassin, Kluster 2, RPN Kampung Mentiri, baru-baru ini, telah mengadakan sambutan Hari Guru dengan tema ‘Farmer’s Market’ (Pasar Tani) yang berlangsung di Dewan Nilam sekolah berkenaan.

    Tema “Farmer’s Market” dengan subtema “Teachers: The Gardeners of Knowledge” dipilih bagi menghargai dan meraikan para guru sebagai penanam ilmu pengetahuan yang menabur benih ilmu, menyemai nilai dan sahsiah, serta menuai kejayaan para pelajar pada masa hadapan.

    Di acara itu, guru-guru tampil dengan mengenakan pakaian penanam/petani yang melambangkan guru sebagai ‘penanam ilmu pengetahuan’, sementara murid sekolah berkenaan tampil dengan mengenakan pakaian bunga, buah-buahan atau sayur-sayuran yang melambangkan murid sebagai hasil tanaman yang tumbuh dan berkembang hasil tunjuk ajar guru.

    Acara turut dimeriahkan dengan persembahan bertema Farmer’s Market dari murid-murid sekolah berkenaan.

    Pada hari tersebut, sambutan turut menyokong inisiatif ‘Hari Tanpa Plastik’ di mana semua warga sekolah digalakkan menggunakan bahan kreatif untuk membawa barangan ‘Berbagi Rezeki’.

    Gambar-gambar suasana sekitar sambutan Hari Guru dengan tema ‘Farmer’s Market’ (Pasar Tani) anjuran Sekolah Rendah, Dato Mohd Yassin, Kluster 2, RPN Kampung Mentiri, baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN SR DATO MOHD YASSIN, KLUSTER 2, RPN KAMPUNG MENTIRI

    Kata Kunci

    Popular

    Hiburan

    Priyanka buat gimik sengaja mahu tunjuk imej baik

    Bisnes feri keluarga Song Ji Hyo difitnah

    DPMM FC kalah tipis

    Berita Berkaitan

    DPMM FC kalah tipis

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEAGWAN, 23 NOV –...

    Majlis undi calon ketua kampung

    Oleh Salawati Haji Yahya - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Cabaran Alpha disambut meriah

    Oleh Yusrin Junaidi - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV -...

    Peronda pertolongan cemas dilancar

    Oleh Salawati Haji Yahya - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Terkini

    DPMM FC kalah tipis

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEAGWAN, 23 NOV –...

    Kem khas untuk kanak-kanak hidap penyakit autoimun

    CLARYVILLE, NEW YORK - Penyakit autoimun seperti lupus, myositis...

    Enam syarikat batal penerbangan ke Venezuela

    CARACAS, 23 NOV — Enam syarikat penerbangan membatalkan penerbangan...

    Kamera milik mendiang Paus Francis dijual AS$7.5 juta

    VIENNA, 23 NOV - Sebuah kamera milik mendiang Paus...