Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pasar Tani Temburong kembali lagi

    Oleh Syahmi Hassan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 NOV – Pasar Tani Temburong kembali buat kali kedua yang berlangsung selama dua hari hingga hari ini di Supertree dan Waterfront yang menunjukkan semangat kemasyarakatan dan kepelbagaian budaya.

    Menurut Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (LKEB) melalui Darussalam Enterprise (DARe), terdapat beberapa aktiviti yang telah dijalankan termasuk persembahan tarian oleh Belia Temburong serta Photo Booth untuk orang ramai mengabadikan kenangan mereka di pasar tersebut di samping beberapa permainan festival yang menyeronokkan, sesuai untuk semua peringkat umur.

    Para peserta juga berpeluang untuk mengutamakan kesejahteraan dan kesihatan holistik dengan melibatkan diri dalam senaman ringan dan sesi kesihatan yang dikendalikan oleh rakan-rakan kongsi luar.

    Aktiviti tambahan tersebut bertujuan untuk mencipta pengalaman yang komprehensif kepada peserta, memupuk bukan sahaja pertumbuhan keusahawanan malah menggalakkan gaya hidup yang seimbang dan sihat.

    Secara keseluruhan, Pasar Tani Temburong melangkaui perdagangan, ia adalah platform untuk hubungan bermakna antara pengeluar tempatan dan masyarakat.

    Dengan lebih 20 vendor yang mengambil bahagian, pelawat berpeluang meneroka pelbagai produk buatan tempatan, hasil segar dan ciptaan unik.

    Persembahan tarian oleh Belia Temburong baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN DARe
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda