Sunday, May 11, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pasar terbuka Donggongon 2 hingga 4 Feb ini

    KOTA KINABALU, 31 Jan – Buat julung kalinya ‘Donggongon Chinese New Year Open Market 2019’akan diadakan dari 2 Feb sehingga 4 Feb ini untuk memberi memberi peluang kepada penduduk tempatan meningkatkan pendapatan melalui jualan kepada pengunjung di pekan berkenaan.

    Anggota Dewan Undangan Negeri Moyog Jenifer Lasimbang berkata pasar terbuka yang diadakan sempena Tahun Baharu Cina 2019 itu akan bermula seawal 6 pagi sehingga pukul 4 petang.

    “Pasar terbuka itu akan dijadikan sebagai platform untuk peniaga memperkenal dan mempromosi produk tempatan seperti makanan, kraftangan, kebudayaan serta adat resam unik yang terdapat di daerah Penampang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

    Beliau berkata itu digerakkan menerusi usahasama antara Pejabat ADUN Moyog, Pejabat ADUN Kepayan, Persatuan Peniaga Tamu Donggongon Penampang Sabah dan Majlis Daerah Penampang.

    “​​​Beberapa aktiviti disusun sepanjang program berkenaan. Oleh itu kita berharap ia juga dapat menjadi wadah perpaduan dan semangat kekitaan kepada penduduk di daerah Penampang yang terdiri daripada pelbagai etnik dan suku kaum,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda