Wednesday, October 16, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pasaran Asia merosot lagi

    HONG KONG, 31 Jan – Pasaran-pasaran Asia merosot lagi hari ini dengan kebimbangan meningkat tentang impak Donald Trump menyandang jawatan presiden ke atas ekonomi sejagat ketika beliau berdepan gelombang kritikan ekoran dasar imigrasi beliau yang berkontroversi.

    Para peniaga cemas bagi hari kedua selepas pemimpin baru AS itu menandatangani arahan eksekutif Jumaat lalu yang menegah kemasukan pelancong dari tujuh negara yang majoriti penduduknya beragama Islam dan mengenakan tegahan sementara ke atas orang pelarian.

    Sementara Rumah Putih mempertahankan langkah itu sebagai bertujuan memerangi pengganasan, para pemimpin dunia dan para pembantah di seluruh dunia menyelarnya sebagai perang ke atas umat Islam.

    Seorang lelaki berjalan di hadapan papan sebut harga elektrik yang memaparkan harga saham seluruh dunia, termasuk indeks Nikkei dalam Bursa Saham Tokyo di Tokyo pada 31 Januari. – AFP
    Seorang lelaki berjalan di hadapan papan sebut harga elektrik yang memaparkan harga saham seluruh dunia, termasuk indeks Nikkei dalam Bursa Saham Tokyo di Tokyo pada 31 Januari. – AFP

    Kemarahan yang amat sangat telah menghantui para pelabur, yang bimbang pengumuman itu mungkin tanda taikun itu akan meneruskan dengan kebanyakan janji beliau yang bersifat perlindungan, yang membayangi langkah yang memangkin ekonomi seperti perbelanjaan infrastruktur dan pengurangan cukai, yang telah mencetuskan perhimpunan pada November dan Disember lalu.

    Ketiga-tiga indeks utama Wall Streets ditutup lebih rendah, manakala London, Paris dan Frankfurt kehilangan lebih satu peratus. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda