Thursday, July 17, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pasaran auto AS kembali sibuk

    CHICAGO, 4 April – Dalam bilangan ramai pengguna Amerika kembali ke bilik-bilik pameran automobil pada Mac lalu susulan kebangkitan industri yang telah berusaha keras dalam situasi selepas jualan.

    Pihak-pihak yang berperanan terbesar dalam pasaran Amerika Utara semalam melaporkan perolehan menakjubkan berbanding Mac 2017.

    General Motors meningkat dengan pertumbuhan luar biasa 16 peratus, diikuti dengan lonjakan jualan Fiat Chrysler sebanyak 14 peratus. Ford melonjak 3.4 peratus dan Toyota meraih 3.5 peratus.

    Para penganalisis menjangkakan secara keseluruhannya industri akan melaporkan lonjakan jualan dua hingga tiga peratus.

    Syarikat besar automobil Jerman, Volkswagen, walaupun hanya berperanan agak kecil dalam pasaran Utara Amerika, telah melaporkan lonjakan jualan yang menakjubkan pada 17.8 peratus yang memperlihatkan pemulihan berterusan daripada skandal penipuan pengeluaran diesel.

    Gambar fail pada 11 Januari 2005 menunjukkan logo General Motors Corporation yang diambil semasa Pameran Antarabangsa Auto Amerika Utara di Detroit. Penganalisis menjangkakan industri secara keseluruhan melaporkan kenaikan dua ke tiga peratus jualan. – AFP

    Sementara itu, para penganalisis percaya berita baik itu adalah disebabkan pergantungan meningkat para pengeluaran automobil pada jualan berkumpulan, keinginan rakyat Amerika terhadap kenderaan SUV dan lori ringan serta pengurangan cukai baru-baru ini yang memberikan peluang kepada pihak persendirian dan perbadanan untuk berbelanja lebih.

    “Bulan Mac terbukti bulan kukuh bagi pengeluar automobil domestik dengan pertambahan jualan berganda malah tiga digit bagi SUV yang direka semula,” Rebecca Lindland, penganalisis eksekutif Kelley Blue Book, berkata dalam kenyataan yang disediakan.

    Sementara mengumumkan perolehan saham pasaran runcit, GM mengumumkan ia akan menghentikan amalan industri yang selama berdekad-dekad lamanya dalam mengumumkan jumlah jualan setiap bulan, dengan beralih pada laporan setiap suku. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda