Pasaran eksport China berkembang

DUBLIN, 18 OGOS – China menggantikan Switzerland untuk menjadi pasaran eksport barangan ke-6 terbesar untuk Ireland pada separuh pertama tahun 2019, menurut angka perdagangan terbaharu yang dikeluarkan oleh biro statistik negara Ireland (CSO).

 Dalam tempoh Januari hingga Jun, Ireland mengeksport sejumlah bara-ngan bernilai 4.13 bilion euro (kira-kira AS$4.6 bilion) ke China, meningkat sebanyak 1.66 bilion euro atau 67 peratus berbanding dengan tempoh yang sama tahun lepas.

Pada separuh pertama tahun lepas, China adalah pasaran eksport barang ke-8 terbesar untuk Ireland, kedudukan di belakang Switzerland dan Perancis.

 China kini merupakan pasaran eksport barangan terbesar bagi Ireland di Asia dan juga pasaran ketiga terbesar bagi eksport makanan pertanian Ireland di dunia, menurut CSO.

Lima pasaran utama bagi eksport barangan Ireland pada separuh pertama tahun ini ialah Amerika Syarikat, Belgium, Britain, Jerman dan Belanda, menurut CSO.

Angka-angka CSO juga menunjukkan bahawa Ireland mengimport sejumlah barang bernilai 2.45 bilion euro dari China pada separuh pertama tahun 2019, meningkat 178 juta euro atau hampir lapan peratus tahun ke tahun. – Xinhua