Saturday, January 4, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pasaran EV Malaysia dijangka berkembang

    KUALA LUMPUR, 31 DIS – Pasaran kenderaan elektrik (EV) Malaysia dijangka memperoleh momentum pada 2025, didorong oleh pelaburan dalam negara dan model baharu dari pengeluar kereta tempatan, kata penganalisis.

    Gabungan insentif yang didorong oleh dasar dan strategi pengeluar kenderaan dijangka membentuk landskap EV negara pada masa hadapan.

    Bank Pelaburan Maybank berkata dalam laporan terbaharunya insentif Malaysia untuk EV yang sudah siap dibina (CBU), termasuk pengecualian cukai dan sekatan import untuk model berharga rendah, akan tamat pada penghujung 2025.

    Ia akan mendorong pengeluar EV premium untuk menyetempatkan pemasangan bagi mengekalkan harga yang kompetitif.

    Pengenalan EV di Malaysia dijangka mencapai 3 peratus daripada jumlah industri (TIV) pada 2025, manakala kenderaan elektrik hibrid (HEV) mungkin menyumbang 5 peratus, berdasarkan unjuran TIV Maybank sebanyak 750,000 unit untuk tahun tersebut.

    Pelancaran model kereta elektrik pertama, ‘E-Mas 7’, berlangsung di MITEC pada 16 Disember. – Bernama

    MIDF Research juga menekankan tumpuan kerajaan dalam mempromosikan Malaysia sebagai hab pengeluaran EV yang berpatutan.

    Memandangkan EV masih memainkan peranan kecil dalam jumlah industri (TIV), CGS International mencadangkan bahawa penghapusan subsidi bahan api pada pertengahan 2025 dan mempercepatkan infrastruktur pengecasan boleh mencetuskan titik perubahan dalam pengenalan EV.

    CIMB Securities, dalam laporan terbaharunya, meramalkan penerimaan yang lebih tinggi untuk kenderaan elektrik bateri (BEV) ketika persaingan semakin meningkat sebelum berakhirnya pengecualian cukai untuk model import pada 2026, dan pemasangan domestik akan diutamakan.

    Pengeluar kenderaan nasional Malaysia mula memasuki pasaran EV seiring dengan dasar kerajaan terhadap EV.

    Pengeluar kenderaan Malaysia, Proton, baru-baru ini melancarkan SUV elektrik pertama mereka dalam kerjasama dengan rakan kongsi mereka.

    Sementara itu, Perodua merancang untuk melancarkan EV hatchback segmen B pada akhir 2025, dengan sasaran pengeluaran bulanan awal sebanyak 500 unit, menjadikan model itu sebagai EV paling mampu milik di Malaysia. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda