Friday, January 3, 2025
33.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pasaran farmaseutikal Vietnam dijangka cecah AS$20 bilion menjelang 2045

    HANOI, 28 OKT – Pasaran farmaseutikal Vietnam dijangka mencapai AS$20 bilion menjelang 2045, lapor VnExpress hari ini yang memetik Pentadbiran Ubat-Ubatan Vietnam.

    Matlamat ini dijangka menempatkan Vietnam sebagai satu daripada pasaran farmaseutikal yang paling pesat berkembang di dunia. Namun, segmen yang dikuasai oleh pemain utama kekal sebagai ‘medan persaingan’ untuk perniagaan asing, menurut laporan yang dipetik oleh Xinhua.

    Industri farmaseutikal negara itu menyasarkan untuk memenuhi 80 peratus permintaan ubat domestik dan menguasai 70 peratus nilai pasaran, berdasarkan strategi kebangsaan untuk membangunkan industri farmaseutikal Vietnam menjelang 2030, dengan visi menjelang 2045.

    Vietnam dijangka menjadi pusat pengeluaran farmaseutikal bernilai tinggi di rantau ini menjelang 2030, dengan nilai eksport ubat yang dihasilkan dalam negara dijangka mencecah kira-kira AS$1 bilion.

    Matlamat bercita-cita tinggi ini telah mencetuskan perlumbaan pelaburan dalam kalangan syarikat farmaseutikal yang bersaing untuk mendapatkan kelebihan dalam tempoh akan datang, menurut laporan VnExpress.

    Menurut pentadbiran itu, jumlah nilai pasaran farmaseutikal Vietnam pada 2023 dianggarkan AS$8 bilion. – Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda