Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Pasaran hartanah pulih 2022 dengan keyakinan pengguna yang diperbaharui

    KUALA LUMPUR, 3 APRIL – Pemulihan yang kukuh pada 2021 dari 2020 telah mencerminkan keyakinan pengguna dan pasaran hartanah yang lebih baik bagi tahun ini, kata Institut Ejen Hartanah Malaysia (MIEA).

    Presiden MIEA Chan Ai Cheng berkata yang lebih penting, orang ramai perlu mengambil serius bahawa indeks harga rumah telah menyaksikan peningkatan ketara kepada RM320,000 berbanding RM295,000 pada 2020.

    Menurut laporan pasaran hartanah MIEA yang terkini, jumlah urus niaga untuk 2021 naik 1.5 peratus kepada 300,497 unit dengan nilai RM144.87 bilion, menokok 21.7 peratus dalam tempoh yang sama berbanding tahun sebelumnya.

    “Peningkatan peratusan mungkin kelihatan kecil tetapi ia menandakan pemulihan.

    “Suku terakhir 2021 telah menyaksikan penambahan yang mencetuskan jumlah transaksi sebanyak 99,462 unit, yang kami percaya mungkin sebahagian besarnya disumbangkan oleh insentif Kempen Pemilikan Rumah (HOC) yang berakhir pada Disember 2021,” katanya.

    Seperti pada tahun-tahun sebelumnya, Chan menjelaskan sektor kediaman adalah yang paling mantap, menyumbang 66.2 peratus dengan 198,812 transaksi bernilai RM76.9 bilion, manakala sektor pertanian mencatatkan 18.9 peratus dan sektor komersial menyumbang 7.5 peratus.

    Negeri-negeri berikut menyumbang lebih daripada 50 peratus jumlah urus niaga, iaitu Selangor (61,507), Perak (36,893), Johor (36,145) dan Kedah (25,077).

    Laporan itu juga menyerlahkan bahawa jumlah keseluruhan daripada 43,860 hartanah kediaman baharu telah dilancarkan pada tahun lepas yang merangkumi 31,678 (43.3 peratus) hartanah bertanah dan 13,182 (25.9 peratus) bertingkat tinggi.

    Namun, hanya 39.3 peratus daripadanya berjaya dijual, menghasilkan hartanah yang tidak terjual sebanyak 36,863, tertinggi sejak lima tahun lepas.- Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun akan lawat Perancis, Brazil dan Paraguay

    TOKYO, 26 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida akan melawat Perancis, Brazil dan Paraguay minggu depan ketika negaranya berusaha untuk meningkatkan hubungan dengan...