Wednesday, April 23, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pasaran kereta Eropah melonjak pada musim panas

    PARIS, 14 Sept – Pasaran kereta Eropah mencatatkan jualan Ogos terbaik dalam tempoh 10 tahun dengan jumlah pendaftaran baru melonjak sebanyak 5.6 peratus bulan lalu, demikian menurut Persatuan Pengeluar Automobil Eropah (ACEA).

    Sejumlah 865,000 kereta baru didaftarkan di jalan-jalan Eropah pada bulan Ogos. Angka ini dikeluarkan oleh ACEA tatkala pameran terbesar industri kereta di Eropah, Pameran Kereta IAA mula dibuka kepada orang ramai di Frankfurt, Jerman.

    Itali dan Sepanyol yang merupakan pasaran utama di rantau tersebut mencatatkan peningkatan tertinggi iaitu sebanyak 15.8 peratus dan 13 peratus, masing-masing.

    Perancis dan Jerman mengekori di belakang, dengan pertumbuhan perndaftaran baru sebanyak 8.4 peratus dan 3.5 peratus.

    Bagaimanapun permintaan bagi kereta di Britain, yang sedang berunding untuk keluar dari blok Kesatuan Eropah, susut sebanyak 6.4 peratus, kata ACEA.

    Secara keseluruhan bagi tempoh lapan bulan pertama tahun ini, permintaan bagi kereta-kereta penumpang mengekalkan momentumnya di seluruh Eropah,” kata persatuan itu lagi.

    “Dengan lebih 10 juta pendaftaran kereta baru di serata Kesatuan Eropah, pendaftaran telah meningkat sebanyak 4.5 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda