Saturday, March 15, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pasaran modal Nvidia cecah AS$1 trilion

    CALIFORNIA, 31 MEI – Nvidia telah menyertai kelab eksklusif syarikat dengan permodalan pasaran AS$1 trilion setelah syarikat pembuat cip tersebut mendapat manfaat daripada peningkatan penggunaan kecerdasan buatan (AI).

    Nvidia Corp menyertai syarikat besar teknologi seperti Alphabet, Apple dan Microsoft dalam kelab AS$1 trilion. Sahamnya meningkat 5 peratus dalam dagangan kelmarin, mengatasi AS$408 sesaham.

    Sejak tawaran awam permulaannya pada tahun 1999, saham itu meningkat kira-kira 33 peratus setiap tahun berban-ding dengan purata keuntungan tahunan sebanyak 7 peratus dalam indeks penanda aras S&P 500 pada masa yang sama.

    Minggu lepas, pembuat cip grafik untuk permainan dan AI melaporkan keuntungan suku tahunan lebih daripada AS$2 bilion dan hasil AS$7 bilion, kedua-duanya melebihi ramalan Wall Street. Pakar industri percaya Nvidia, yang berpangkalan di Santa Clara, California, boleh menjadi petunjuk awal tentang bagaimana AI boleh membentuk semula sektor teknologi. Syarikat itu diasaskan pada tahun 1993 dan pada mulanya memberi tumpuan kepada grafik 3D dan permainan. Pengasas bersama, Jensen Huang kekal sebagai presiden dan ketua eksekutif syarikat.

    Cip AI direka untuk melaksanakan tugas dengan lebih pantas dan cekap. Walaupun cip biasa seperti CPU juga boleh digunakan untuk tugas AI yang lebih mudah, ia ‘menjadi semakin kurang berguna apabila AI semakin maju’, menurut laporan 2020 daripada nota Pusat Keselamatan dan Teknologi Baru Universiti Georgetown.

    Cip Nvidia digunakan dalam aplikasi daripada robotik dan metaverse kepada pengimejan perubatan dan analitis video. – AP

    Pemandangan luar ibu pejabat NVIDIA pada 30 Mei 2023 di Santa Clara, California. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda