Tuesday, July 15, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pasaran pekerjaan UK melemah selepas kenaikan mengejut kadar pengangguran

    LONDON, 11 JUN – Kadar pengangguran di Britain meningkat secara tidak dijangka ke tahap tertinggi sejak musim panas 2021 ketika pasaran pekerjaan terus melemah, walaupun pertumbuhan gaji kekal kukuh, lapor agensi akhbar Jerman (dpa).

    Pejabat Statistik Kebangsaan (ONS) berkata kadar pengangguran UK meningkat kepada 4.4 peratus dalam tiga bulan hingga April, naik daripada 4.3 peratus dalam tiga bulan hingga Mac.

    Peningkatan terbaharu itu menafikan jangkaan kadar pengangguran akan kekal tidak berubah dan melihatnya mencapai tahap tertinggi sejak Julai hingga September 2021.

    Kekosongan jawatan juga jatuh mendadak sekali lagi, turun sebanyak 12,000 kepada 904,000 dalam tiga bulan hingga Mei, menandakan kejatuhan kali ke-23 berturut-turut. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda