BEIJING, 28 SEPT – Rakyat China akan menikmati percutian selama lapan hari sempena Pesta Kuih Bulan dan Hari Kebangsaan iaitu dari 29 September hingga 6 Oktober.
Menurut jabatan pentadbiran kereta api China, sempena percutian itu pihaknya akan memulakan jadual pengangkutan khas selama 12 hari bermula 27 September.
Dijangka seramai 190 juta penumpang akan menggunakan kereta api dalam tempoh itu, manakala 29 September diunjur menjadi waktu puncak, dengan lebih 20 juta penumpang menggunakan perkhidmatan berkenaan.
Dalam percutian lapan hari sempena Pesta Kuih Bulan dan Hari Kebangsaan ini, sebanyak lebih 11,500 unit kereta api dijangka akan beroperasi setiap hari, angka ini meningkat sebanyak 1,850 unit berbanding hari biasa. Sementara jumlah penumpang dijangka meningkat 18.5 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun 2019.
Di samping itu, jabatan kereta api juga melancarkan perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) pada waktu malam, dengan 320 unit kereta api ditambah untuk laluan utama.
Selain pengangkutan, pelbagai pihak berkaitan juga mengambil langkah untuk memastikan pengeluaran dan pembekalan terjamin.
Kini, permintaan pengguna terhadap produk akuatik meningkat dengan mendadak semasa Pesta Kuih Bulan dan Hari Kebangsaan.
Jumlah penangkapan ketam tasik di bandar Suqian, provinsi Jiangsu, dijangka akan mencapai 65,000 tan bagi musim menuai ini. – Bernama
