Saturday, February 15, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pasaran penggunaan China bersaiz gergasi, peluang besar kerjasama antarabangsa

    BEIJING, 14 FEB – Laporan prospek ekonomi 2025 yang dikeluarkan oleh sebahagian institusi kewangan global baru-baru ini mendedahkan bahawa China sedang menunjukkan keberhasilan secara beransur-ansur dalam pembangunan yang berkualiti tinggi, serta sektor penggunaan dan perkhidmatan dijangka meningkat secara lebih lanjut.

    Jurucakap Kementerian Luar China, Guo Jiakun semalam menyatakan bahawa pasaran penggunaan China yang bersaiz gergasi berperanan menyediakan peluang kerjasama yang besar di arena antarabangsa.

    Pada tempoh cuti Tahun Baharu Cina (TBC) 2025, pelbagai sektor yang berkait penggunaan di negara ini telah menyaksikan peningkatan pendapatan harian sebanyak 10.8 peratus berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya, antaranya penggunaan barangan dan penggunaan per-khidmatan masing-masing meningkat 9.9 peratus dan 12.3 peratus.

    Langganan keseluruhan pelancongan outbound pula meningkat sebanyak 30 peratus tahun ke tahun.

    Kumpulan Citigroup dalam satu laporannya menyatakan ‘Operasi ekonomi China baik pada permulaan Tahun Ular.’

    Pelbagai ekonomi yang melibatkan budaya tradisional, warisan budaya tidak ketara, ais dan salji, serta penggunaan tukar beli menjadi semakin hangat semasa perayaan TBC 2025. – Bernama

    Seorang pelanggan melihat emas di gerai jalanan di Hong Kong kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda