Thursday, March 20, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pasaran pengkomputeran awan China berkembang pesat

    BEIJING, 26 JULAI – Pasaran pengkomputeran awan China berada pada fasa pembangunan pesat, dengan kadar pertumbuhan tahunan kompaun melebihi 40 peratus, menurut Kertas Putih Pengkomputeran Awan 2023 yang dikeluarkan oleh Akademi Teknologi Maklumat dan Komunikasi China (CAICT) kelmarin.

    Saiz pasaran pengkomputeran awan global merekodkan angka sekitar RMB3.5 trilion (RM2.23 trilion) pada 2022, dengan kadar pertumbuhan sebanyak 19 peratus tahun ke tahun.

    Kertas putih itu turut mengunjurkan pertumbuhan itu akan terus berkembang stabil dengan mengambil kira faktor seperti rangsangan permintaan untuk model besar dan kuasa pengkomputeran.

    Pada 2022, saiz pasaran pengkomputeran awan China mencapai angka RMB455 bilion (RM290.01 bilion), menyaksikan peningkatan sebanyak 40.91 peratus berbanding tahun sebelumnya. – Bernama

    CAICT turut mengunjurkan pertumbuhan itu akan terus berkembang stabil dari tahun ke tahun. – Freepik

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda