Pasaran tidak menentu, pendapatan Renault merosot

PARIS, 16 FEB – Pengeluar kereta Perancis Renault berkata baru-baru ini ia mencatat keadaan debit untuk kali pertama dalam satu dekad disebabkan jualan lebih rendah dan sumbangan merosot daripada rakan Jepun Nissan.

Renault berkata dalam satu kenyataan ia mengalami kerugian bersih berjumlah 141 juta euro.

Ia menambah propek untuk 2020 adalah suram dengan kemerosotan baharu dalam keuntungan operasi dan tidak mengetepikan kemungkinan penutupan kilang. Tahun lalu melihat margin operasi syarikat merosot daripada 6.3 peratus, walaupun Renault berkata ia ‘mencapai sasarannya, diubah pada Oktober,’ meskipun dalam ‘konteks bermasalah.’ – AFP