Saturday, December 21, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pasca Brexit hantui Skoda

    MLADA BOLESLAV, Czech, 16 April – Kereta Skoda buatan Czech telah berjaya memenangi hati para pelanggan di Britain tetapi perpisahan UK dengan Kesatuan Eropah (EU) pasti memberikan tamparan hebat terhadap jenama itu dan keseluruhan ekonomi Czech.

    Britain adalah pasaran eksport kelima terbesar Republik Czech, anggota EU dengan 10.6 juta penduduknya yang sangat bergantung kepada eksport terutama kereta.

    EU telah memberikan Britain sehingga 31 Oktober untuk menyempurnakan perpisahannya dengan teratur tetapi Brexit tanpa perjanjian tidak dapat menangani harga dan tarif yang tinggi terhadap barangan import.

    Skoda yang dikawal oleh Volkswagen sejak 1991, mengeksport 80,000 unit kereta ke Britain dalam setahun, hampir 10 peratus daripada pengeluaran tahunannya.

    Dalam satu kenyataan yang diemail, Skoda memberitahu AFP ia ‘bimbang dan bersedia menghadapi semua senario’ serta meminta ‘penyelesaian yang boleh diterima semua pihak’ tetapi enggan mengulas lanjut.

    Radek Spicar, naib presiden Konfederasi Industri Czech, terus memberi amaran bahawa syarikat itu mungkin mengalami pukulan berat.

    “Brexit yang sukar bermakna 10 peratus duti import dikenakan ke atas kereta dan itu akan menyakitkan,” katanya kepada AFP.

    “Brexit akan menyekat permintaan kereta. Syarikat seperti Skoda tidak akan runtuh tetapi ia akan kehilangan sebahagian daripada pasaran paling penting,” kata Spicar. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda