BRUSSELS, 8 JULAI – Menteri Kewangan Ireland, Paschal Donohoe dipilih semula sebagai Presiden Eurogroup pada Isnin, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Forum yang menghimpunkan menteri kewangan 20 negara Kesatuan Eropah (EU) bersidang setiap bulan bagi membincangkan dan menyelaras dasar ekonomi serta isu-isu utama.
Donohoe yang memegang jawatan Presiden sejak Julai 2020 dan akan terus mengetuai kumpulan itu untuk tempoh dua tahun setengah lagi selepas pesaingnya, Carlos Cuerpo dari Sepanyol dan Rimantas Sadzius dari Lithuania, menarik balik pencalonan mereka.
“Saya amat berterima kasih kepada rakan-rakan menteri atas kepercayaan yang mereka berikan kepada saya untuk terus memimpin tugas penting kita bagi penggal ketiga,” kata Donohoe.
Menteri Kewangan itu menyatakan bahawa zon euro telah ‘membuktikan daya tahan yang sangat kukuh’ di tengah-tengah ‘perubahan geopolitik yang ketara’. – Bernama
