Tuesday, March 18, 2025
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pasha Ungu dituduh pura-pura bahagia

    Umum mengetahui vokalis kumpulan Ungu iaitu Pasha dan isteri Adelia Wilhelmina digelar pasangan serasi kerana kerap memuat naik kemesraan mereka di media sosial.
    Bukan sahaja berkongsi kemesraan menerusi gambar atau video, pasangan ini juga kerap berbalas komen sweet di media sosial.

    Menurut laporan Detikcom, Pasha mengakui selesa dan bahagia menayangkan kemesraan dengan isterinya itu.

    “Boleh dikatakan begitulah… saya selesa memberikan komen mesra kepada isteri.

    “Kadang-kadang apabila kita bercakap benar orang kata kita berbohong tapi itulah hakikatnya saya senang berkongsi kemesraan dengan isteri.

    “Saya lakukan hal itu sejak 11 tahun berkahwin. Apa yang kami lakukan bukan kerana terpaksa… semuanya baik-baik sahaja,” katanya. – Agensi

    Pasha mengakui selesa dan bahagia menayangkan kemesraan dengan isterinya itu. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda