Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Pasrah nasib keluarga di Gaza selepas terputus hubungan

    JOHOR BAHRU, 3 NOV – Seorang pelajar Palestin di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini pasrah dengan nasib saudara-maranya yang berada di Gaza sama ada masih lagi hidup ataupun syahid.

    Mohammed Z. M. Qaddoura, 33, pelajar Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Teknologi Pendidikan berkata kali terakhir dia dapat menghubungi ahli keluarganya di sana adalah pada Isnin lepas. “Seramai 53 ahli keluarga saya masih berada di Gaza termasuk bapa dan saudara mara. Kini saya hanya mampu menunggu sekiranya ada mesej memaklumkan mereka telah syahid. Kami (rakyat Palestin) di sini sedang mempersiapkan diri dengan kemungkinan itu.

    “Serangan rejim Israel tidak lagi memberikan amaran dan mereka terus menyerang serta mengebom dengan menyasarkan kawasan kediaman yang menempatkan sehingga 20 unit rumah. Mereka nampaknya memang mahu menghapuskan seramai mungkin rakyat Palestin di Gaza,” katanya.

    Mohammed yang telah tinggal di Malaysia sejak empat tahun lepas dan boleh bertutur dalam Bahasa Melayu itu berkata demikian kepada pemberita selepas Perhimpunan Solidariti UTM Bersama Palestin di universiti awam itu di sini hari ini. Bapa seorang anak lelaki berusia lima tahun itu berkata walaupun dia berada dalam keadaan selamat di sini namun fikiran dan emosinya tidak tenang kerana tidak berdaya membuat apa-apa bagi membantu meringankan penderitaan yang dialami penduduk Gaza. – Bernama

    Pelajar Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Teknologi Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Mohammed Z M Qaddoura, 33, yang berasal dari Palestin turut berarak pada Perhimpunan Solidariti UTM Bersama Palestin di universiti awam itu, kelmarin. – Bernama

    Kata Kunci

    Popular

    Hiburan

    Priyanka buat gimik sengaja mahu tunjuk imej baik

    Bisnes feri keluarga Song Ji Hyo difitnah

    DPMM FC kalah tipis

    Berita Berkaitan

    Turkiye sedia pikul amanah, mahu tamatkan pendudukan Gaza

    ANKARA/ISTANBUL, 16 NOV – Menteri Luar Turkiye, Hakan Fidan...

    UNRWA beri amaran kekurangan dana ancam pelarian Palestin

    WASHINGTON/HAMILTON, 14 NOV - Ketua agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu...

    Macron, Abbas bincang masa depan Gaza

    PARIS, 11 NOV – Presiden Perancis, Emmanuel Macron dijadual...

    WHO akan vaksin 44,000 kanak-kanak di Semenanjung Gaza

    TEL AVIV, 6 NOV – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)...

    Terkini

    Kem khas untuk kanak-kanak hidap penyakit autoimun

    CLARYVILLE, NEW YORK - Penyakit autoimun seperti lupus, myositis...

    DPMM FC kalah tipis

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEAGWAN, 23 NOV –...

    Enam syarikat batal penerbangan ke Venezuela

    CARACAS, 23 NOV — Enam syarikat penerbangan membatalkan penerbangan...

    Kamera milik mendiang Paus Francis dijual AS$7.5 juta

    VIENNA, 23 NOV - Sebuah kamera milik mendiang Paus...