Wednesday, July 16, 2025
32.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pasrah terhadap ketentuan

    DRAMA Patah Sayap Bertongkat Paruh merupakan sebuah drama terbaharu yang disiarkan dalam slot MegaDrama di saluran Astro Ria.

    Drama ini diterbitkan oleh Zeel Production Sdn Bhd dan baharu sahaja disiarkan pada 3 April yang lalu. Drama ini bersiaran pada hari Isnin sehingga hari Khamis pada pukul 10 malam. Drama ini dijangka akan mempunyai sekitar 14 buah episod.

    Drama Patah Sayap Bertongkat Paruh dilakonkan oleh beberapa orang pelakon hebat seperti Aaron Aziz, Fasha Sandha, Zarul Husin, Jalil Hamid, Amelina, Jasper Supayah, Sofia Dendroff dan banyak lagi.

    Plot ringkas

    Aliah nekad pulang ke kampung bersama tiga orang anaknya untuk membina hidup baharu setelah dicerai oleh suaminya, Hisyam. Di kampung, kisah rumah tangganya terbongkar apabila Pak Osman, ayah Aliah yang nyanyuk terlepas cerita kepada Talhah, teman sekampung Aliah sejak kecil.

    Khabar tentang Aliah yang diabaikan suami mengundang rasa simpati Talhah. Keikhlasan Talhah membantu akhirnya disambut baik oleh Aliah. Dalam diam cinta yang pernah berputik dalam hati Talhah kembali mekar. Namun, amaran daripada Hisyam menyedarkan Talhah tentang status Aliah.

    Kerana cemburukan hubungan antara Aliah dengan Talhah, Hisyam berbohong dalam mahkamah bahawa dia tidak pernah melafazkan cerai taklik terhadap Aliah, menyebabkan status Aliah kini tergantung. Pelbagai onak dilalui Aliah sepanjang tempoh menyelesaikan kemelut perkahwinannya.

    Mampukah Aliah, wanita yang dianggap lemah ini bangkit merubah suratan? Ataupun terus tersungkur menyambut ketentuan? Bagaimana pula dengan Talhah? Apakah dia akan berdiam menyaksikan wanita yang dicintainya sepenuh hati terlepas buat kali kedua?

    Drama Patah Sayap Bertongkat Paruh diterbitkan oleh Zeel Production Sdn Bhd dan baharu sahaja disiarkan pada 3 April yang lalu.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda