Oleh Pg Fairol RMF
BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Mac – Restoran Secret Recipe telah memperkenalkan promosi terkenalnya yang dikhaskan bagi peminat hidangan pasta hingga akhir Jun tahun ini.
Dalam Promosi ‘Pasta Fiesta’ itu, Secret Recipe menyajikan lima jenis hidangan pasta terkenalnya.
Pilihan pasta seperti Spaghetti Aglio Olio, Thai Sea-food Spaghetti, Spaghetti Bolognese, Lasagne dan Singapore Hokkien Mee boleh dinikmati dengan harga istimewa.
Setiap pembelian pasta tersebut, pelanggan juga akan menerima satu Mini Cornish secara percuma.

Pengurus Pemasaran Secret Recipe Brunei, Edison berkata, promosi ini diperkenalkan semula atas permintaan ramai.
“Kami menjangka peminat pasta gembira melihat promosi ini yang diperbaharui dengan hidangan istimewa dan harga berpatutan,” ujarnya.
Secret Recipe juga membawa konsep baru yang lebih selesa di kedua-dua cawangannya di Kampung Tanjong Bunut dan Delima Satu, Serusop.
Penaiktarafan tersebut dilakukan untuk menampilkan suatu yang baru dan moden serta dapat menarik para pelanggan dengan mengutamakan khidmat pelanggan yang lebih baik dan bersih.