Friday, January 3, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pastikan kelancaran Majlis Perhimpunan Khas Wanita

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 SEPT – Bagi memastikan pelaksanaan Majlis Perhimpunan Khas Wanita yang akan diadakan pada 26 September berjalan lancar dan teratur, latihan penuh bagi majlis berkenaan telah diadakan petang tadi di Royal Berkshire Hall, Jerudong.

    Hadir bagi menyaksikan latihan berkenaan ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Majlis Sambutan Hari-hari Kebesaran Islam Peringkat Negara dan Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Kebangsaan Tahun 1446 Hijrah; Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh selaku Penasihat Bersama Majlis Perhimpunan Khas Wanita sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW Tahun 1446 Hijrah dan juga Pemangku Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Pengendali Bersama); Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha selaku Pengendali Bersama Majlis Perhimpunan Khas Wanita sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW Tahun 1446 Hijrah serta Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan.

    Antara pengisian majlis ialah persembahan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, Dikir Marhaban, ceramah khas dan selawat.

    Tema bagi Majlis Perhimpunan Khas Wanita sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW bagi tahun 1446 Hijrah ialah Memelihara Akal Berpandukan Sunnah Rasulullah SAW.

    Majlis pada tahun ini dikendalikan bersama oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan Majlis Wanita Negara Brunei Darussalam.

    Turut hadir penasihat-penasihat bersama, pengerusi-pengerusi bersama daripada pengendali bersama serta ahli jawatankuasa kerja yang lain.

    Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama dan Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary semasa menyaksikan latihan yang diadakan. – GAMBAR SERAHAN KHEU
    Yang Berhormat Menteri Pendidikan hadir semasa latihan penuh tersebut. – GAMBAR SERAHAN KHEU
    GAMBAR SERAHAN KHEU

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda