BANGKOK, 21 OKT – Menjelang berlangsungnya Sidang Kemun-cak ASEAN ke-35 pada 2 hingga 4 November ini, kerajaan Thailand telah mengarahkan semua pihak yang terbabit memastikan kawalan keselamatan memenuhi piawaian antarabangsa, lapor agensi berita Thailand (TNA).
Jurucakap Kementerian Per-tahanan Jeneral Kongcheep Tantrawanit berkata arahan Timbalan Perdana Menteri Prawit Wongsuwon itu bagi memastikan semua agensi yang terlibat menyelaraskan kerjasama bagi menjamin keselamatan dan sidang kemuncak berjalan lancar. – Bernama