Saturday, July 12, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pastikan pemain kekal aktif

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 FEB – Kejohanan Badminton Beregu Lelaki Inter Syahkampong 2021 telah diadakan kelmarin di gelanggang badminton, Kompleks Sukan Menglait,

    Sebanyak lima buah pasangan beregu lelaki berjaya layak ke pusingan akhir dan berentap bagi menentukan siapa layak bergelar juara kejohanan.

    Dalam kejohanan yang dijalankan secara liga satu pusingan itu, gandingan Abdul Faizbin Zaini dan Awang Muhamad bin Hizami Haji Mataim muncul juara setelah mengumpul 10 mata.

    Tempat kedua dimenangi oleh pasangan beregu Awang Hasan Zayd dan Awang Mohammad Asyri Abdul Ghapar yang meraih pingat perak dengan ketinggalan satu mata di belakang pasukan juara.

    Manakala gandingan pasangan beregu Awang Hafizulnizam bin Haji Kahar dan Awang Mohd Asyramisyanie bin Kamis pula memenangi pingat gangsa setelah mengutip tujuhmata.

    Turut hadir untuk menyaksikan kejohanan akhir berkenaan dan seterusnya menyampaikan pingat dan piala kepada pemenang ialah Pengasas Bersama Generasi Bekarih, Awang Muhammad Hanis bin Haji Osman.

    Antara lain tujuan kejohanan diadakan adalah bagi memastikan para pemain Syahkampong kekal aktif dan berdaya saing dalam suasana kompetitif sementara kejohanan futsal dan bolasepak masih belum dapat dianjurkan di negara ini.

    Para peserta yang menyertai kejohanan tersebut bergambar ramai selepas acara penyampaian pingat dan piala.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda