Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pastikan perkhidmatan online dapat diakses, dipercayai

    Saya ingin mengutarakan kebimbangan terhadap sebuah bank yang beroperasi di Negara Brunei Darussalam.

    Perbankan melalui online tidak tersedia selama lima hari (semasa surat kiriman pembaca ini ditulis). Terus mencuba untuk memasukinya sekali lagi dan saya menerima kiriman mesej yang berbunyi: ‘Perbankan online tidak tersedia buat sementara waktu. Perkhidmatan akan diteruskan tidak lama lagi. Sila cuba lagi kemudian. Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami.’

    Pada hari yang sama, mereka turut memperkenalkan aplikasi mudah alih terbaharu. Tetapi, aplikasi tersebut juga tidak berfungsi: semua percubaan untuk masuk, akhirnya gagal semua. Saya menghubungi perkhidmatan pelanggan mereka dan diberitahu bahawa perkara itu akan dirujuk kepada Jabatan IT – namun tidak ada tindak balas yang diberikan.

    Saya telah mengambil cuti – kerana bank tersebut telah mengehadkan waktu pembukaannya baru-baru ini, saya tidak mempunyai pilihan lain – dan pergi ke cawangan berdekatan untuk mengutarakan situasi ini.

    Untuk Pegawai Aplikasi Mudah Alih yang baharu, sangat bersopan santun dan membantu sebagaimana kakitangan bank yang lain dan memberitahu berkemungkinan telefon saya sudah lama untuk menyokong aplikasi baharu.

    Telefon saya adalah Samsung Galaxy S8, baharu kurang dari dua tahun usianya. Kenapa bank melancarkan aplikasi yang tidak dapat beroperasi pada telefon yang berusia atau lebih tua seperti telefon saya ini? Saya menganggarkan lebih daripada separuh pelanggan bank tidak akan dapat menggunakan aplikasi tersebut.

    Untuk masalah perbankan online, pegawai tersebut telah mengubah nama pengguna saya sebanyak dua kali dan meminta saya menukar kata laluan. Tetapi saya masih juga tidak dapat masuk apatah lagi menggunakan komputer riba di rumah. Mesej yang sama juga akan muncul. Walaupun jika saya boleh masuk, saya tidak pasti nama pengguna dan kata laluan yang hendak digunakan.

    Selain itu, isu mengenai perkhidmatan pemindahan telegraf dalam talian (TT) antarabangsa juga tidak berfungsi dengan baik selama dua tahun yang lalu.

    Saya ingin mencadangkan kepada bank ini dan peniaga yang lain, jika anda ingin menawarkan perkhidmatan dalam talian atau online, sila pastikan ia dapat diakses oleh semua malah ia mesti dipercayai. – Alan J Clemselm

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda