Friday, November 22, 2024
26.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pastikan rumah PPR di Sabah tidak disalah guna – Hajiji

    KOTA KINABALU, 5 OGOS – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu telah diarah memantau Projek Perumahan Rakyat (PPR) di kawasan masing-masing bagi memastikan ia tidak disalah guna oleh penerima.

    Beliau berkata ini kerana terdapat kes pemohon program itu yang berjaya telah menyewakan rumah yang diterima kepada orang lain bagi mengaut keuntungan segera.

    “Tindakan itu seolah-olah mereka tidak memerlukan rumah terbabit sekali gus menafikan hak orang lain yang benar-benar memerlukan kemudahan tersebut. Justeru, saya mahu semua PBT memperhalusi setiap permohonan dan memantau dengan ketat pelaksanaan program PPR di kawasan mereka.

    “Mengikut perjanjian, mereka yang mendapat rumah di bawah program PPR tidak dibenar untuk menyewakannya kepada orang lajn,” katanya semasa lawatan kerja ke Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah di Wisma Innoprise hari ini.

    Hajiji berkata kerajaan negeri memohon 5,000 unit rumah PPR bagi tahun depan serta telah bertemu dengan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming dan meminta agar ia dimasukkan dalam bajet kementerian itu pada 2025. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda