Friday, July 18, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pastikan sifar GST lancar

    KUCHING, 1 Jun – Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Sarawak meningkatkan pemeriksaan bagi memastikan semua premis perniagaan bersiap sedia untuk beralih daripada kadar enam peratus Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kepada kadar sifar hari ini.

    Ketua Pegawai Penguatkuasanya Mohd Nawawi Abdul Rahman berkata 14 jenis perniagaan yang melibatkan 543 premis telah dilawati bersama pihak Kastam Diraja Malaysia (JKDM) negeri sejak 24 Mei lagi, membabitkan pemeriksaan ke atas 16,290 barang jualan, dengan tumpuan diberikan kepada barang-barang keperluan utama dan makanan.

    Beliau berkata pemeriksaan mendapati kebanyakan peniaga ini mematuhi segala peraturan dari segi sistem penandaan harga dan juga tatacara kutipan serta sudah bersiap sedia untuk beralih kepada sifar GST mulai hari ini.

    “Kami akan tingkatkan tindakan susulan mulai hari ini hingga seterusnya untuk melihat pematuhan langkah sifar GST ini, supaya kesannya dapat dinikmati rakyat sebagaimana diputuskan kerajaan,” katanya ketika ditemui semasa membuat pemeriksaan di sebuah pasar raya di Tabuan Jaya di sini hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda