Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Ogos – Dalam dunia pekerjaan yang berubah mengikut perkembangan semasa dan karakter pekerjaan sekarang, ia amat memerlukan kemahiran di mana setiap majikan menjangkakan bahawa tenaga kerja yang mereka gaji itu adalah mereka yang memiliki kemahiran yang diperlukan.
Oleh itu, adalah amat penting untuk melengkapi para pelajar pada masa ini dengan kemahiran yang berguna, sesuai dan diperlukan sebelum mereka menjejaki kaki ke dunia pekerjaan, kata Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman ketika berucap di Majlis Tamat Pengajian Micronet International College 2017 yang berlangsung di Dewan Indera Samudra, Hotel Empire and Country Club, Jerudong. (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)